Sunday, November 17, 2019

Nostalgia aku dan Aloevera

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Salam perkenalan dan silaturahim kepada Tuan2 / Puan2/ Cik ……
 
NOSTALGIA AKU DAN ALOEVERA…….

Mengimbau kembali zaman berkolej…semasa menuntut di sebuah universiti di ibu kota banyak kisah suka duka yang aku lalui. Antaranya yang menarik untuk di kongsi ialah aku sering diserang penyakit bisul. Penyakit ini bukan sekali dua tetapi kerap sehingga aku terpaksa berulang-alik ke pusat rawatan universiti untuk mendapatkan rawatan. Lama kelamaan aku merasa rungsing kiranya bisul ini menyerang ketika aku menduduki peperiksaan. Ini kerana bisul biasa tumbuh di bahagian sensitif tubuh badan kita.

Selepas beberapa kali merasa derita akibat bisul,akhirnya aku telah ditemukan dengan penawarnya iaitu air aloe vera keluaran sebuah syarikat dari USA …iaitu Suppreme Marketing Concept. Waktu itu sekitar tahun 1994/1995 dan harganya sebotol rm80 bagi yang dah jadi ahli. Harga yang agak mahal untuk dibeli seorang pelajar yang masih belum bekerja ketika itu. Namun aku terpaksa membelanjakan sebahagian daripada wang biasiswa yang aku perolehi untuk membeli aloevera itu. Alhamdulillah selepas meminum 2 botol air tersebut yang rasanya masam2 payau aku tidak lagi terkena bisul dimana-mana bahagian tubuhku.


Saat berlalu begitu pantas, Kini setelah nostalgia kisah bisul ku berlalu sudah hampir 24 tahun. Aku ingin berkongsi dengan Tuan2 dan Cik Puan2  pengalaman yang aku sendiri alami pada pertengahan tahun 2013.Lututku diserang rheumatoid artritis menyebabkan aku sukar berjalan.Hampir setahun berulang alik ke klinik dan hospital.Macam-macam usaha telah dilakukan namun penyakit aku masih berlanjutan hinggalah aku menemui sebotol aloevera gel dan articsea pada mei 2014. Kini ianya umpama sebuah mimpi indah untuk aku coretkan kembali.

Ketahuailah Tuan2 dan Cik Puan2 bahawasanya semua masalah dalam hidup ini  ada penyelesaian. Semua Penyakit ada ubat atau penawarnya. Cuma terserah kepada kita untuk berusaha, berdoa dan bertawakal.

Dalam merawat masalah yang aku hadapi ini, aku menggunakan dua produk iaitu :

Pertama: Aloe vera gel (pure)

Gel lidah buaya tulen yang distabilkan dengan proses penstabilan berpaten untuk membekalkan anda dengan asid amino, vitamin, mineral, polisakarida ,enzim dan bahan berkhasiat yang lain. Ketahuilah rahsia kesihatan dan kecantikan yang telah diaplikasi sejak 4000 tahun dahulu oleh pengamal perubatan purba. Tulisan-tulisan yang merekodkan keberkesanan lidah buaya untuk pelbagai kegunaan kesihatan dan tradisional seperti yang dijumpai pada Ebers Papyrus iaitu tulisan Mesir Kuno dari tahun 1500 sebelum masihi. 

Kini Produk berasaskan aloevera terbukti berkesan untuk membantu menyelesaikan masalah kesihatan anda sekaligus meningkatkan tenaga kerana  melalui analisa makmal mendapati ianya mengandungi lebih 200 sebatian termasuk 20 jenis  asid amino, 12 jenis vitamin, 20 jenis mineral, 12 antrakuinon, 8 enzim 4 sterol tumbuh-tumbuhan, monosakarida, polisakarida, saponin, asid salisilik, lignin dan hormon.Tindakan-tindakan bersinergi sebatian-sebatian inilah antara yang dipercayai memberikan aloevera sifat-sifat anti keradangan, pemulihan luka dan peransang imunnya, yang pula menolong memperkuatkan system pertahanan dan pemulihan badan kita untuk mengatasi pelbagai keadaan kesihatan.

 
Kedua: Articsea

Kombinasi minyak ikan salmon asli dan minyak zaitun memberikan 225 mg EPA, 150 mg DHA dan 150 mg asid oleik bagi sebiji kapsul.Fokus kepada membersihkan sel-sel darah yang tidak sihat akibat dari lebihan lemak, kolestrol dan toksid dalam tubuh kita. Articsea gabungan (Omega 3 + Omega 9) iaitu minyak ikan dan minyak zaitun sangat berkesan untuk mengembalikan kesihatan anda disamping menguatkan daya ingatan anda. Menurut pengalaman perubatan Islam gabungan antara bahan tumbuh-tumbuhan dan haiwan amat sesuai dijadikan penawar untuk masalah saluran darah tersumbat atau membantu memberi perlindungan dalam mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular,menguatkan sistem imun,mengurangkan keradangan dan mengawal atur fungsi saraf.

Rahsia dan kunci kepada kesihatan tubuh badan adalah memiliki usus yang bersih dari amalan pengambilan aloevera dan  mempunyai sel-sel darah yang sihat dari pengambilan articsea yang mana dapat membekalkan oksigen yang cukup kepada seluruh tubuh badan manusia.Kedua-dua unsur ini tidak dapat dipisahkan ibarat irama dan lagu sekiranya tuan2 dan cik Puan2 serius untuk memelihara dan membaiki tahap kesihatan diri  dan keluarga.

Jadi itulah di antara cadangan  cara paling mudah dan terbaik untuk memastikan anda kekal sihat dan bertenaga walaupun dimamah usia. Kini Alhamdulillah aku semakin ringan badan dan bertambah sihat bila mengamalkan makanan kesihatan ini.

Hari ini kita sering mendengar berita berkenaan rakan,kenalan dan jiran serta saudara mara kita yang diuji dengan pelbagai penyakit kronik seperti kanser ,Darah tinggi, strok,kencing manis, buah pinggang, Artristis, Gout, Ekzeme, migraine, masalah ginjal, hati, saluran kencing, tiroid, pedih ulu hati, prostat, sembelit, ulser, keradangan, anemia dan lain-lain.Perlu juga muhasabah diri dengan menjaga pemakanan kita,mengamalkan senaman dan minum air bersih dengan secukupnya.

Memakan tumbuh-tumbuhan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan dengan jumlah yang banyak dapat membendung dari mendapat penyakit kronik. Kini dengan gaya hidup yang serba ringkas pemakanan kita turut mengalami perubahan yang ketara dengan pembuatan makanan berproses menjadi kegemaran ramai orang menyumbang kepada risiko penambahan jumlah mereka yang mengidap penyakit kronik ini.

 
The Most Beautiful Business in the World

Setelah hampir 5 tahun menjadi pengguna produk, aku berhajat untuk berkongsi dengan tuan2 dan cik puan2  yang komited untuk membantu sesiapa sahaja yang memerlukan. Anggaplah ianya sebagai Amal Jariah bukan hanya untuk mengaut keuntungan semata-mata.Berkongsi sesuatu yang bermanfaat untuk meringankan kesusahan orang lain dikira sebagai sedekah. Tiada gunanya jika kita hanya menyimpan sesuatu yang bermanfat untuk pengetahuan peribadi sedangkan orang lain yang memerlukan tidak dapat menikmatinya. Setelah mengenali dan menggunakan produk foreverliving lebih 5 tahun aku beranikan diri untuk berkongsi dengan orang lain tentang kehebatan dan kebaikan produk ini.

Foreverliving merupakan syarikat antarabangsa dari U.S.A  yang  menawarkan produk kesihatan dan kecantikan  berasaskan aloevera, madu, minyak ikan, minyak zaiton, delima, buah-buahan segar, dan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan yang bermutu tinggi untuk pencegahan dan penyembuhan pelbagai jenis penyakit dan masalah kesihatan anda. Sebuah syarikat yang kukuh,lebih dari 40 tahun pengalaman dan berada di 160 buah negara di dunia.Dengan ladang aloevera organik yang terbesar di dunia serta penternakan lebah yang terbesar di dunia menjadikan produk ini lebih murah jika dibandingkan dengan produk dari luar yang berada di pasaran. Mendapat pengiktirafan dunia sebagai pengeluar produk halal IFANCA, GMP Natural, Cruelty free dan Kosher. Ianya juga syarikat pertama yang telah menerima pengiktirafan International Aloe Science Council untuk memastikan ketulenan setiap produknya.

Di samping menawarkan rangkaian produk kesihatan, pemakanan, kecantikan, penjagaan kulit yang berkualiti tinggi, Forever juga menawarkan peluang perniagaan yang sistematik kepada orang ramai melalui program pemasaran berpasukan yang patuh syariat untuk merasai  kebebasan kewangan. Di Malaysia Forever diperkenalkan pada tahun 1983 dengan produk utamanya aloevera gel yang distabilkan 100% bukan sahaja paling laris di Malaysia tetapi antara yang terlaris di seluruh dunia.Walaupun terdapat banyak jenama aloevera lain  di pasaran, forever amat bangga kerana ia menjadi produk unggul yang tidak dicabar selama hamper 40 tahun di pasaran. 

Semua produknya amat unik dan istimewa mengandungi kualiti kesihatan yang unggul walaupun hanya sebatang Aloe lips yang bernilai Rm13 sahaja harga retail (pasaran). Bayangkan walaupun sudah lebih 20 tahun berlalu jus aloevera 1 liter zaman aku dikolej yang dibeli dengan harga rm80 (ahli), kini aloevera gel 1 liter yang lebih berkualiti ditawarkan dengan harga yang lebih murahhhhhh ……..dari harga dahulu.
 
Sekiranya anda berminat untuk menjadi rakan kongsi (ahli) sila hubungi call/wsap/sms
0166753511
KLIK SINI
atau email sy: irusidah@yahoo.com

No comments:

Post a Comment